CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 11, 2008

kewujudan wad psikiatrik

Asalnye, masa buat internship masa wat master in counseling dulu kat UPM, kerap juga lah berulang ke HUKM. Rasa2nyer, banyak kali juga terserempak dgn Dr SMS, tapi masa tu dia tak glamour sgt. Lagi pun masa tu dia sama2 dr pelatih ajer, jadi mmg tak cm sgt kemachoan nyer.... eh...tersasar plak ceriter asal.

Masa mula2 belajar bab Psikiatrik, ingatkan untuk orang yang hampir hilang akal atau skru hilang di mana2 bahagian otaknyer yang boleh menginap di wad ini. Tapi setelah beberapa kali mengikuti beberapa kes, dapatan kajian aku amat mengerikan sekali. Kadang2 tak der lah sampai yang menghuni tu betul2 gila, cuma bila dia overstress, mula lah diorg buat mcm2 sehingga tidak sedar dunia sekelilingnya.

Di wad tu lah aku mula kenal macam-macam orang. Kalau nak tau, aku dulu aktif join SAHABAT HUKM, iaitu satu group volunteer untuk layan para pesakit HUKM. Ye lah, time tu wat master full time, so banyak masa lapang bila lepas time internship. Dari situ lah mula minat untuk join aktiviti kerja sosial.

Yang menariknya di wad psikiatrik, rupanya ada banyak kelas fardu ain dan fardu kifayah. Tolong orang sebenarnya fardu kifayah, tapi kalau menyusahkan kita, baik tak payah. Buat yang termampu. Alamak, ni bukan nak mengajak kawan2 masuk ke wad psikiatrik tapi janganlah skeptikal bila berkunjung ke sana.

Bila lepas dapat Master, kerja lak kat UKM, ingatkan belajar kaunseling boleh tolong orang seperti mana banyak teori2 dalam buku. Rupanya tidak semudah itu. Pengalaman hidup lebih bermakna jika hidup kita dipenuhkan dengan aktiviti sosial yang ada manfaat. Maksudnya, tak sepanjang hari kita jadi orang baik. Kadang kala jadi nakal juga. Yang membezakannya ialah, apa pelajaran kita dapati setelah melalui semua itu? Itu yang penting sebab kalau kita masih ditahap yang sama, itu bermakna pembesaran dan tumbesaran akal kita terbantut. Kalau bantut macam bonsai tak per juga, sebab ianya berharga. Tapi kalau tak berkembang.......tak tau lah nak jadi apa......jadi biskut kembang ajer lah.....

Kenapa nama blog ini wad psikiatrik? Hehehe....lama lama nanti korang faham kenapa......

1 comments:

lexicon said...

salam wad psikiatrik..huhu,sy ina nak tanye sebe sdkit mengenai penyakit mental ini. Sy nak wat final projek for my degree in pend.visual comnication utk hasilkan kempen d bwh KKM.Jadinyer sy nak tau info2 yg berkaitan dgn mental ini. Jika sudi blh x klu wad psikiatrik bantu saya utk beri dan dptkan maklumat yg lebih terperinci untuk sy nyer research..tqvm..