CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 25, 2009

selamat berpuasa

hari ni, hari ke5 puasa. Alhamdulillah, terawih pun berjalan dengan baik. Sebelum masuk bulan puasa nih, banyak sgt hal2 yang buat aku sakit jiwa....

1. Kereta Idaman.
Samada korang percaya atau tidak, aku terpaksa semak baki tunggakan kereta "kesayangan" yang menyusahkan hidup aku. Hmmm....kenapa lah dugaan aku begitu hebat sekali. Hajat dihati hendak menolong org, tetapi org yang ditolong seolah2 tidak memahami azab yang sedang aku tanggung akibat sikapnya yang aku sendiri sudah menyampah tahap gaban. Haritu, masa dinner di EQ Bangi, shibab cuba tanya aku, apa aku nak buat kat kereta tu sbb sampai skrg aku still tak leh nak beli kereta baru. Macam2 cdgn dia bagi, mmg bernas, tapi aku bagi tau shibab, kalau aku buat, semua org akan tak percaya bahawa dialah orgnya. Kawan2 rapat aku pun ada bagi idea yang tak kurang ganasnyer....tarik jer kereta tu di ukm......tak kurang juga officer di Bank Islam yang sudi hulur bantuan untuk simpan kereta tu kalau masih lagi berlaku tunggakan bayaran.....bulan ni jer, masih ada tunggakan sebulan. Maknanya, bulan Ogos ni, dia kena bayar dua bulan tunggakan sekaligus. Walau bagaimanapun, di hari baik bulan baik nih.....tengok lah... kalau tahap kesabaran aku semakin menipis, aku akan buat cadangan2 mereka2 itu.

Harapan nak beraya dengan kereta baru macam tak nampak.........

2. Rumah baru.

Ni pun agak sengal gak. Janji sebelum puasa, tapi ni dah puasa, semua buyer yang senasib dgn aku, lum dapat kunci umah. Banyak gak perabut yang aku berangan nak beli tetapi terpaksa postpone dulu. Last2....terpaksa lah menyambung hayat di kolej.....

ha...sebut pasal umah baru....dah mula gatal mata lak tengok lokasi yang bersesuaian untuk cari umah besar sikit utk guna gov loan. Ye lah, umur aku bukan semakin muda. Kalau lambat beli, nanti harga makin naik dan sudah tentu monthlynyer mahal, hampir rm1.5k.....tapi impian ini masih lagi lum boleh ditunaikan selagi kereta tu tak tukar nama. Mana tak nyer, last week, aku gi Bank Negara, sedih tau.......nama aku still dalam kategori penghutang yang bermasalah......

So, moralnyer.....kepada kawan2 semua.....kalau selepas ini korg nampak aku agak berat hati nak tolong sesiapa dikalangan korg, harapnyer korg faham situasi aku sekarang. Aku dah serik ....dan tolong doakan agar iman aku masih lagi kuat.

1 comments:

weeda said...

sabar ye...inilah kalo orang dah baik, orang lak amek kesempatan...semoga tercapai hajat cik najwa nak keter dan umah baru...aminnn :)