Oh tidak....janganlah berlaku semua ini. Ampunkan lah dosa kita org yang teraniaya ini......oohhhhh tidak......
Thursday, December 18, 2008
Wednesday, December 17, 2008
HARI MALAS SEDUNIA part2
Hari ini hari Khamis, esok Jumaat. Esok cuti....yea...yea..... hmmmm...tak sabar nak tunggu esok. Esok aku akan menyambung buat lawatan sambil belajar untuk berjimat di sekitar Jln TAR dan melewati Sogo. Bukan nak bli apa pun, tapi ada lah gak kalau tertengok, mesti nak beli. Aritu kuar dgn pak cik aku. Aku ni lak jenis, kalau org ikut aku kuar shopping, aku tak sampai hati sebabnya, selalunya dia akan duk lah kat mana2 sambil aku jalan tak tentu hala hilang ingatan didalam keriuhan dan timbunan barang2. Kalau kuar utk cari barang dia, aku tak kisah sebab kena ikut apa taste dia. tapi jika masa tu aku yang nak beli brg...hehehehe....ada baiknya aku kuar sorg2.
Hari ini puasa ganti. Dah masuk hari ke 6. Ada lagi 2 hari. Itulah SKT aku sebelum menyambut awal Muharam.......agak2 tak sempat nanti, aku anjakkan SKT aku sebelum Maulud Nabi pulak.... Nak makan apa hari ni? Yang pastinya, aku malas nak fikir. Nanti terlintas karang petang aku gi beli lah......
Udah lah nak buat statistik NCC 2008 macam nak muntah tahap gaban.......aparra korg seksa aku dengan nama bidang pengajian macam2..... hmmmm....ikut suka hati lah nak bagi nama apa......warggghhh....malasnyer. Tapi kena siapkan sebelum Krismas sebelum makcik Santa kak shibam bertukar warna menjadi putih dan gebu..........Cuba teka siapa dia......mesti kak hibam rindu dia lepas nih......
Posted by Kak Wok at 10:38 PM 2 comments
Tuesday, December 9, 2008
mari membeli perabot.......dengan makcik #@%*&
kawan2, lepas ni, kalu nak betulkan muka yang agak senget atau kepala yang dah terkehel ke tepi atau ke belakang, sila mara ke depan pintu masuk PHI. Di sana anda akan ternampak satu cermin macam dalam citer Snow White, masa queen jahat sibuk tanya kat cermin ajaib dia,sapa pling cun kat negeri dia.......so kalau korg nak buat, dinasihatkan ketika malam jumaat, lepas baca yaasin, dtg lah ke opis ni......mesti ada yg tolong jawabkan samada secara live atau pun sms......tu sahaja iklan dari saya........selamat bercermin. Majulah kosmetik.......untuk negara.
Posted by Kak Wok at 11:34 PM 3 comments
Monday, December 8, 2008
citer peti sejuk
Raya sakan gak sebab tahun ni suh mak & abah aku rilek kat umah, jgn masak2 sgt. Bukan apa, abah punya perangai, suka shopping beli barang2 utk peti ais, sampaikan peti ais kat umah walaupun ada 2 ketul (boleh masuk Sukri.....), pun selalunya tak mau muat semua isi perutnya. Selalunya, yg jadi mangsa, kita org lah, jadi penguatkuasa majlis bandaraya, tgk apa yang expired. Yang paling happy, kucing2 (ada 13 ekor semuanya), sbb ikan, daging atau ayam2 yang agak lama, aku rebus atau goreng. Cukup buat stok utk diorg makan selama seminggu. Kalu korg tgk kucing2 kat umah aku, mmg menggiurkan sebab depa ni pandai jaga diri. Tak der kutu, tak der kurap, bulu cantik ajer. Bedak sejuk atau apa2 krim kecantikan pun tak pernah pakai, apa lagi masuk salon utk wat rebonding. Yang paling best, kalau demam, pandai lak depa cari daun2 ubat sekitar umah....aku pun pelik sebab depa sentiasa cun dan gebu....
Berbalik tentang citer peti ais, siap sound kat abah sebab stok dalam tu cukup utk bawak pot luck gi masjid dan wat tukar2 juadah dengan jiran2. Nasib baik lah abah dengar cakap aku sebab kebetulan lak, sehari sebelum raya, kan hari wukuf, so kitaorg posa. Dan cuaca panas terik, jadi mmg abah tak kuar shopping barang dapur. Macam citer Musang Berjanggut, aku ngan mak korek2 brg2 dalam peti ais.......banyak weiiiiii.........then lepas tu baru fikir nak masak apa......
Natijah citer peti ais ni......bila aku fikir balik, patutlah aku punya perangai pun sama dua kali lima macam mak dan abah aku.......suka beli barang, kononnya nak buat stok. Kalau kat kolej, selalunya yang jadi mangsa utk habiskan brg2 mknn aku...apa lagi, budak2 lah.... tapi ni bila tgh cuti semester....kalau tak monyet atau ungka yang kerap dtg bertandang di balkoni, kucing2 pun aku suh dtg habiskan apa2 yg patut........
Morale of the story: Contohi kak shibam . Bijak berbelanja di musim perayaan dan cuti sekolah.....Ehhhh, aku pun bijak jugak berbelanja, cuma terlebih sikit ajerrr........
Posted by Kak Wok at 7:58 PM 1 comments
Wednesday, December 3, 2008
HARI MALAS SEDUNIA
Erkhhhhh, para peminat semua, apa khabar? Sejak pakai key pad yang baru ni, kepantasan menaip agak lembap sedikit sebab asyik salah tekan ajer........macam kawan aku yang sorg tu bg tau apalah kebendanya yang macam alas meja tu, sebab ianya tak macam yang korg selalu guna. yang ni up-do date, tapi yang pastinya, aku dan kawan2ku sudah tergostan kebelakang sikit lah......
Semalam dapat MC. Doktor kata aku tak cukup tidur dan agak stress. Mmg stress pun semalam. Tayar kanan belakang keta merc aku masuk skru, ala2 mcm nak pancit. Gelabah gak, takkan lah nak ganti tayar baru mcm Idah wat dulu (alamak termengumpat Idah la plak-maklumat lanjut, sila ubungi beliau di 03-89214604) sebab dua tayar belakang tu baru jer sebulan pakai.......isshh naya nih. Tu yang tinggalkan keta kat kedai, aku gi masuk poliklinik ukm......tak kisah lah sakit apa pun, janji dapat mc dan leh balik tidur.
bila dah dapat mc, tak rasa ngantuk lak.....apa lagi, melepak lak kat workshop........ganti wiper baru (BOSCH), no plat baru (depan & belakang), dan tukar motor tingkap driver seat dgn rangka sekali ,....eh eeh......habis gak duit dlm wallet. Pas tu gi la ronda2 beli apa2 yang patut.......bosan gak dapat mc....sebab nak tidur pun tak leh....kalau kat opis u bukannya rajin sgt.....namun, akhirnya, 30 min sblm kul 4 ptg, berjaya menidurkan diri dan terbangun dengan terkejut katak pada kul 6.30ptg sbb tak solat asar lagi............
Tu cerita semalam, arini lak....hmmmmmm....malasnyer. Tapi tak leh malas2, kena rajin gak......sebab kawan2 kat opis tgh menyibukkan diri dengan aktiviti terkini dan da booommmmm.....kawal berat badan. MAKAN ROTI jer ari ni.....bukan sebab tak der duit tapi nak cantik punya pasal.......hmmm tak per lah, demi kawan2, aku pun join gak......laparrrrrrrrr nih.......dah lah semlm tak selera nak makan........datang opis pun semua mcm tak nak makan.....
jiran kiri kanan aku lak tengah cuti sakan. Siap korg, akan aku longgokkan kerja2 utk korg nanti. Mana leh aku jer rajin, sesekali nak gak jadi malas............ ye lah demi korg gak. tak lah nanti KPI aku sentiasa jadi sebutan ramai (Ehhhh....tertakbur lak)......
Posted by Kak Wok at 12:07 AM 1 comments